- Reka bentuk bermaksud usahan menyusun bahan2 yang terancang untuk menghasilkan produk atau impak.
- Teknologi didefinisikan sebagai pengajian dan pengetahuan dalam usaha mencipta sesuatu dengan menggunakan pelbagai alat, sumber, teknik dan bersistem dalam mengurus kehidupan.
- Perkembangan teknologi serta kreativiti menyebabkan banyak peralatan atau mesin berubah dari segi reka bentuk serta mengalami kemajuan teknologi.
Faktor Reka Bentuk
- Fungsi - hasil reka bentuk mesti memenuhi atau menepati tujuan produk dibuat di samping selamat dan mudah digunakan.
- Rupa bentuk - rupa bentuk mestilah menarik supaya dapat dijual di pasaran.
- Kesesuaian bahan - pemilihan bahan untuk menghasilkan produk reka bentuk mestilah mudah didapati dan bersesuaian.
- Kaedah pembinaan - kaedah pembinaan yang digunakan hendaklah mudah dan tidak sukar.
- Ketahanan - produk reka bentuk yang dibina mestilah tahan lasak digunakan.
- Kos - kos pengeluaran mestilah tidak terlalu tinggi sehingga membebankan.
- Kemasan - bahan kemasan perlu sesuai dengan fungsi produk supaya sentiasa kelihatan menarik.
- Keselamatan - produk hendaklah tidak berbahaya kepada pengguna sebaliknya mesra pengguna.
- Nilai komersial - reka bentuk yang dihasilkan hendaklah dapat dijual di pasaran.
- Untuk menghasilkan produk reka bentuk, pelbagai bahan dapat digunakan seperti kayu, papan lapis, bod MDF (medium density fibre board) dan mounting board.
a) Kayu
- Terdapat pelbagai jenis kayu di Malaysia kerana Malaysia kaya dengan kayu kayannya.
- Jenis2 kayu adalah seperti berikut :
i) Sepetir = keraa, berwarna perang dan susunan urat yang silang, kuat dan liat.
ii) Cengal = keras, berwarna perang, susunan urat lurus dan halus
iii) Meranti = sederhana, warna kekuningan dan susunan urat kasar, berjalur dan silang.
iv) Nyatuh = sederhana, warna kekuningan dan susunan urat halus dan rapat.
v) Ramin = sederhana, warna kekuningan dan susunan urat rapat dan halus.
vi) Jelutong = lembut, warna kuning muda dan susunan urat rapat, halus, lurus dan rata.
- Kayu mengalami kecacatan akibat daripada proses penebangan dan pengeringan yang tidak sempurna.
- Jenis kecacatan kayu :
i) Retak (bulatan, jentung, bintang)
Punca : Berlaku ketika kayu atau pokok membesar dengan tidak teratur.
: Berpunca akibat hentakan semasa pokok tumbang.
ii) Buku atau pusar
Punca : Berlaku apabila kayu balak dibelah merentasi bahagian dahannya. Bahagian berpusar
sukar untuk dikesan.
iii) Meleding (berpiluh atau berpintal, melengkung, berspring)
Punca : Berlaku akibat pengeringan kayu yang tidak sempurna dan menyebabkan
pengecutan berlaku dengan tidak sama rata.
iv) Lubang serangga
Punca : Berlaku apabila kayu diserang oleh serangga dan menyebabkan bahagian
dalamnya berlubang.
- Kayu dijual dalam pelbagai saiz mengikut tebal, lebar dan panjang.
i) Papan tebal
- tebal (38mm-100mm)
- lebar (150mm ke atas)
- panjang (3m - 6m)
ii) Papan nipis
- tebal (10mm-38mm)
- lebar (76mm ke atas)
- panjang (3m 6m)
iii) Kayu Beroti
- tebal (38mm - 100mm)
- lebar (75mm - 150mm)
- panjang (3m - 4m)
iv) Kayu jerjak
- tebal (20mm - 38mm)
- lebar (25mm - 76mm)
- panjang (3m - 6m)
No comments:
Post a Comment