Showing posts with label Info : Bahan Bahasa. Show all posts
Showing posts with label Info : Bahan Bahasa. Show all posts

Wednesday, 1 August 2012

Kata Ganti Nama

  1. Kata ganti nama ialah kata yang mengambil tempat kata nama sebagai pengganti.
  2. Kata ganti nama terbahagi kepada:
  • kata ganti diri
  • kata ganti tanya
  • kata ganti tempat
  • kata ganti rujuk
  • kata ganti tak tentu
Kata Ganti Diri
  • Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk mengganti kata nama orang.
  • Kata ganti diri terbahagi kepada:
  1. kata ganti diri pertama
  2. kata ganti diri kedua
  3. kata ganti diri ketiga
  • Di antara kata ganti diri ini, ada yang membawa makna tunggal (yakni satu) dan ada yang membawa makna jamak (yakni lebih daripada satu).
  • Contoh kata ganti diri pertama ialah : aku, beta, daku, hamba, kami, kita, patik dan saya.
  • Contoh kata ganti diri kedua ialah : anda, awak, dikau, engkau, kalian, kamu dan tuanku.
  • Contoh kata ganti diri ketiga ialah : baginda, beliau, dia, ia dan mereka.
# Panduan Menggunakan Kata Ganti Diri Pertama
  1. aku (tunggal) : merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan kenalan yang sangat rapat atau mesra dan dengan Tuhan.
  2. beta (tunggal) : digunakan oleh raja, sultan dan kerabat diraja apabila bertitah kepada rakyat.
  3. daku (tunggal) : digunakan dalam tulisan atau nyanyian sebagai objek kepada kata sendi atau kata kerja transitif.
  4. hamba (tunggal) : merujuk kepada diri sendiri pada zaman dahulu.
  5. kita (jamak) : merujuk kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua.
  6. kami (jamak) : merujuk kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua.
  7. patik (tunggal) : digunakan oleh rakyat untuk merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan raja, sultan atau kerabat diraja.
  8. saya (tunggal) : merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan orang yang baru dikenal atau orang lain pada umumnya.
 # Panduan Menggunakan Kata Ganti Diri Kedua
  1. anda (tunggal dan jamak) : digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita, misalnya dalam surat menyurat atau dengan orang yang sebaya.
  2. awak (tunggal) : digunakan untuk diri orang kedua yang sangat rapat hubungannya dengan kita. Di sesetengah tempat, awak digunakan oleh orang atasan kepada orang bawahan, dan di sesetengan tempat pula digunakan untuk suami-isteri.
  3. dikau (tunggal) : digunakan dalam tulisan atau nyanyian sebagai objek kepada kata sendi atau kata kerja transitif yang diakhiri huruf n.
  4. engkau (tunggal) : digunakan untuk diri orang kedua yang amat rapat hubungannya dengan kita, misalnya dengan rakan sebaya  dan dengan Tuhan.
  5. kalian (jamak) : digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.
  6. kamu (tunggal dan jamak) : digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita, misalnya dengan rakan sebaya, dan oleh orang dewasa kepada yang lebih muda umurnya.
  7. tuanku (tunggal) : digunakan ketika bercakap dengan sultan, raja atau kerabat diraja.
# Panduan Menggunakan Kata Ganti Diri Ketiga
  1. baginda (tunggal) : digunakan untuk raja, sultan, atau kerabat diraja.
  2. beliau (tunggal) : digunakan untuk diri orang ketiga yang kita hormati seperti ibu bapa, guru, menteri dsb.
  3. dia (tunggal) : digunakan untuk diri orang ketiga yang umum seperti rakan sebaya dan orang2 biasa.
  4. ia (tunggal) : digunakan dalam tulisan untuk diri orang ketiga seperti kata ganti dia juga.
  5. mereka (jamak) : digunakan untuk diri orang ketiga yang bilangannya lebih daripada seorang.
Kata Ganti Diri Singkat
  • Bentuk kata ganti diri dapat disingkatkan seperti  yang berikut:
  1. aku = ku
  2. engkau = kau
  3. kamu = mu
  4. dia / ia = nya
  • Makna dalam kata ganti diri singkat ini sama dengan makna kata ganti diri penuh.
  • Dalam tulisan, kata kau, ku, mu dan nya dicantumkan dengan kata lain yang menyertainya. Oleh itu, kata ganti diri singkat bolehlah dianggap sebagai imbuhan.
  • Kau : diletakkan di awal kata saja seolah2 sebagai awalan.
  • Ku : boleh diletakkan di awal kata seolah2 sebagai awalan dan di akhir kata seolah2 sebagai akhiran.
  • Mu : diletakkan di akhir kata saja seolah2 sebagai akhiran.
  • Nya : diletakkan di akhir kata saja seolah2 sebagai akhiran.
Kata Ganti Tanya
  • Kata ganti tanya digunakan untuk membentuk ayat2 tanya.
  • Kata ganti tanya digunakan untuk menanyakan manusia, binatang, benda dan tempat.
  • Contoh kata ganti tanya ialah apa, mana dan siapa.
  • Apa ; digunakan untuk menanyakan nama benda atau binatang.
  • Mana : digunakan untuk menanyakan manusia, binatang, benda dan  tempat.
  • Siapa : digunakan untuk menanyakan orang atau nama orang.
Kata Ganti Tempat
  • Kata ganti tempat ialah kata yang digunakan untuk mengganti kata nama tempat.
  • Ada 3 sahaja kata ganti tempat : sana, sini dan situ.
  • Sana : digunakan bagi tempat yang dianggap jauh dan tidak kelihatan oleh orang yang bercakap.
  • Sini : digunakan bagi tempat yang dekat dengan orang yang bercakap.
  • Situ : digunakan bagi tempat yang agak jauh tetapi tidak sejauh mana. Tempat yang dikatakan itu masih kelihatan oleh orang yang bercakap.
Kata Ganti Tunjuk
  • Kata ganti tunjuk ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu atau seseorang.
  • Kata ganti tunjuk ada 2 sahaja : ini dan itu
  • Ada 4 tugas kata ganti tunjuk :
  1. sebagai penanda kata nama yakni sesuatu kata yang dapat disertai ini dan itu ialah kata nama.
  2. sebagai subjek.
  3. sebagai predikat yang dalam tulisan perlu disertai partikel -lah. Dengan adanya partikel -lah, predikat dipentingkan lalu dikedepankan dalam bentuk ayat songsang.
  4. sebagai penentu belakang, iaitu diletakkan di belakang kata nama.
Kata Ganti Tak Tentu
  • Kata ganti tak tentu ialah kata ganti yang menunjukkan sesuatu atau seseorang atau seseorang secara tidak tentu.
  • Beberapa contoh ialah apa2, mana2 dan siapa2 atau sesiapa yang terbit daripada penggandaan kata ganti tanya apa, mana dan siapa.
  • Apa2 : digunakan untuk menggantikan nama benda atau hal yang tidak tentu.
  • Mana2, Masing2, Seseorang atau Sesuatu : digunakan untuk mengganti nama benda atau nama tenpat yang tidak tentu.
  • Siapa2 atau Sesiapa : digunakan untuk mengganti orang yang tidak tentu.

Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Kata Nama Am
  • Kata nama boleh jadi am untuk:
  1. sesuatu yang bernyawa seperti manusia dan binatang, dan yang hidup seperti tumbuh2an.
  2. sesuatu yang tidak bernyawa atau tidak hidup, yakni benda, tempat dsb.
  • Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang :
  1. konkrit : nama sesuatu yang dapat dilihat atau dipegang dan dapat dirasakan adanya.
  2. abstrak : nama sesuatu yang hanya dibayangkan sebagai ada dalam fikiran atau khayalan.
  • Kata nama am yang konkrit boleh terdiri daripada kata asal atau kata terbitan. Contoh:
  1. biara = biarawan
  2. duta = kedutaan
  • Kata nama am yang abstrak pun boleh terdiri daripada kata asal atau kata terbitan. Contoh :
  1. agama = keagamaan
  2. kata = perkataaan
  • Semua kata nama am dapat ditulis dengan huruf kecil di pangkal kata itu.
  • Kata nama terbitan dapat dibentuk daripada kata lain dalam pelbagai kelas dengan pelbagai imbuhan.
 Kata Nama Khas
  • Kata nama yang ditulis dengan huruf besar di pangkalnya termasuk dalam kelas kata nama khas.
  • Kata nama khas ialah kata yang khasnya merujuk kepada:
  1. sesuatu yang bernyawa seperti manusia atau binatang : Ali, Rajan, Comel, Tompok
  2. sesuatu yang tidak bernyawa seperti bangunan, bandar, negeri, judul buku dsb. Contoh : Argentina, Kamus Pelajar, Angkasapuri dan Kuching.
  3. makhluk lain seperti malaikat : Jibrail, Mikail dsb.

Tatabahasa : Penggolongan Kata

Pengenalan
  • Kata2 dalam Bahasa Melayu dapat digolongkan kepada kelas2 yang berikut:
  1. kata nama
  2. kata sendi
  3. kata adjektif
  4. kata kerja
  5. kata keterangan
  6. kata hubung
  7. kata seru
  8. kata sandang
  • Di antara kelas2 itu, kata nama, kata adjektif dan kata kerja dapat berdiri sendiri dengan makna sepenuhnya.
  • Kelas kata yang lain2 tidak dapat berdiri sendiri dengan makna sepenuhnya, tetapi dapat bertugas untuk menentukan makna sesuatu ayat. Oleh sebab itu, kata sendi, kata keterangan, kata hubung, kata seru dan kata sandang boleh dimasukkan dalam kelas kata tugas.
  • Dengan hal yang demikikan, kelas kata yang utama terdiri daripada:
  1. kata nama
  2. kata adjektif
  3. kata kerja
  4. kata tugas
  •  Kata nama ialah kata yang menyatakan makna orang, binatang, benda, tempat dsb yang dapat disertai kata bilangan di depannya atau kata ganti tunjuk ini atau itu di belakangnya.
  • Oleh sebab itu, kata bilangan dan kata ganti tunjuk itu dan ini merupakan kata penentu yang menjadi penanda kata nama.
  • Kata nama terbahagi kepada:
  1. kata nama am
  2. kata nama khas
  3. kata ganti nama
  4. kata bilangan
  • Kata sendi ialah kata yang digunakan bersama2 dengan frasa nama untuk menunjukkan hubungan di antara frasa nama itu dengan kata2 atau frasa2 yang lain dalam ayat.
  • Kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama, dan dapat disertai kata2 penguat seperti amat, sangat dan paling sebagai penandanya.
  • Kata kerja ialah kata yang menyatakan makna perbuatan atau perlakuan.
  • Kata keterangan ialah kata yang menyertai dan menerangkan kata adjektif, kata kerja dan kata keterangan yang lain.
  • Kata hubung ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan atau menggabungkan kata dengan kata, atau frasa dengan frasa atau klausa dengan klausa, ayat dengan ayat.
  • Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menyatakan perasaan seperti hairan, kecewa, marah, sedih dsb.
  • Kata sandang ialah kata penyerta yang bertugas untuk membendakan dan membezakan kata atau frasa yang disertainya.

Thursday, 26 July 2012

Definisi Linguistik

Perkataan linguistik dikatakan berasal daripada perkataan latin “lingua” yang bermaksud bahasa. Perkataan itu digunakan dalam bahasa-bahasa lain yang menjadi langue (Perancis), lingua (Itali), lengua (Sepanyol) dan linguistics (Inggeris). Menurut Cassel Concise English Dictionary, linguistics juga ditakrifkan sebagai “the science of languages” atau “comparative grammar”.
             
Kamus Dewan Edisi Ketiga pula mentakrifkan linguistik sebagai kajian tentang bahasa. Dalam bahasa Melayu pula, istilah linguistik merupakan nama bagi bidang ilmu dan kata adjektifnya ialah linguistik. Terdapat beberapa takrifan lain menegani linguistik seperti berikut:

      i.      Kamus Linguistik, 1997
Pengkajian saintifik terhadap bahasa yang antara lain mencakupi linguistik antropologi, psikolingustik, sosiolinguistik dan neurolinguistik.

    ii.       Kamus Linguistik, 1997
Linguistik am (general linguistics) yang merupakan istilah umum bagi cabang-cabang pengkajian linguistik yang menghasilkan konsep asas, teori, model dan kaedah yang biasanya merangkumi prinsip analisis dan pemerian dalam pengkajian fonologi, tatabahasa dan kosa kata serta pengkjain grafemik, sejarawi, perbandingan dan dialek.

   iii.        Kamus Linguistik, 1997
Linguistik antropologi atau dalam bahasa Inggerisnya anthropological linguistics merupakan linguisitk yang menerapkan teknik penyelidikan antropolgi dan linguistik untuk mengkaji bahasa komuniti bahasa yang tidak mempunyai sistem tulisan dan tradisi persuratan.

   iv.        Kamus Lingusitik, 1997
Psikolinguistik (psycholinguistics) merujuk kepada bidang yang menggabung usaha para ahuli psikologi yang cuba memerangkan sama ada hipotesis tertentu tentang pemerolehan bahasa dan kecekapan, seperti yang disarankan dalam teori linguistik semasa, mempunyai asas yang kukuh dari segi persepsi, ingatan, kecerdasan mahupun motivasi.

     v.       Kamus Linguistik, 1997
Psikologi Linguistik (psychological linguistics) merujuk kepada istilah umum untuk beberapa pendekatan yang berbeza terhadap bahasa dari kaca mata psikologi.

   vi.        Kamus Linguistik, 1997
Sosiolinguisitk (sociolinguistics) pula merujuk kepada cabang linguistik yang mengkaji semua aspek hubungan antara bahasa dengan masyarakat penutur.

PANDANGAN TOKOH BERKAITAN DENGAN LINGUISTIK
            
Ferdinand de Saussure (1916) merupakan bapa linguistik moden bebangsa Swiss telah membezakan kata Perancis langue dan langage. Beliau menyatakan bahawa lange merupakan satu “sistem” manakala langage pula boleh diertikan sebagai bahasa khas yang ada pada penutur seperti yang terdapat dalam ungkapan “DI mana manusia memiliki bahasa, binatang juga memiliki bahasa tetapi tiada tuturan yang dihasilkan”.

Menurut Verhaar (1985), kata linguisitk berasal dari bahasa Latin iaitu lingua yang bermaksud bahasa. Pandangan mengenai definisi linguisitk ini turit disentuh oleh langacker (1987). Menurut beliau, linguistik ialah kajian terhadap bahasa manusia. Ini bermakna linguistik mengkaji bahasa-bahasa yang dihasilkan oleh manusia melalui alat-alat pertuturan tertentu yang membawa pelbagai makna.

Seterusnya, David Crystal (1973) menjelaskan linguistik sebagai kajian bahasa secara saintifik. Ini bermakna bahawa bahasa-bahasa yang dikaji mestilah dilihat sebagai satu disiplin yang tersusun serta mempunyai organisasi yang tersendiri.  Selain itu, saintifik juga merujuk kepada sesuatu ilmu yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan dari segi mutu dan kesahihan fakta. Pandangan yang sama berkaitan kajian bahasa secara saintifik ini turut dikemukakan olhe John Lyns (1986). Menurut beliau, linguistik ialah “the scientific study of language”.pandangan kedua-dua tokoh ini menampakkan bahawa perlunya inguistik sebagai satu kajian ilmu bahasa. Menurut beliau juga, pengertia  linguistik merujuk kepada cara sesuatu kajian bahasa itu dijalankan.