Saturday 28 July 2012

Unsur Seni : Garisan (Bhgn 2)

Teknik Gosokan
Teknik gosokan menghasilkan kesan2 atau tanda2 dari suatu permukaan berjalinan ke atas kertas. Kaedah ini adalah dengan menekapkan sekeping kertas nipis pada pemukaan objek yang berjalinan. Gunakan pensel atau krayon untuk menggosok permukaan tersebut.

Teknik Kolaj
Kolaj ialah suatu gubahan yang dihasilkan dengan mengoyak, menggunting dan menampal kertas, kain atau lain2 bahan. Garisan yang dihasilkan melalui teknik kolaj bergantung kepada jenis bahan yang kita ada. Anda boleh mencuba dengan menyediakan bahan2 sendiri. Atau juga berpandukan bahan berikut seperi jalur2 kertas, kasa dawai, tali jerami, benang, kayu mancis dan dawai. Kemudian bahan2 ini ditampal atau digamkan di atas sekeping papan lapis. Buatkan satu gubahan menarik.

Teknik Anyaman
Anyaman merupakan suatu seni kraf tradisi. Proses menganyam ialah dengan cara menjalin jalur2 daun mengkuang atau buluh. Ia dilakukan secara beselang-seli untuk menghasilkan pelbagai jenis corak kelarai. Manakala, anyaman garisan bergerigi boleh didapati pada motif kelarai siku keluang.

Teknik Capan
Capan ialah proses dilakukan dengan cara menyapukan warna pada objek2 yang mengandungi jalinan seperti daun, kulit kacang dan sebagainya. Kemudian, objek ini ditekap atau dicap pada sekeping kertas. Kesannya akan kelihatan pada permukaan berkenaan.

Teknik Pualaman
Teknik ini dihasilkan dengan mencurahkan sedikit minyak tanah ke dalam sebuah besen yang mengandungi air. Kemudian ia dicampurkan dengan beberapa jenis cat lino atau cat minyak, serta sedikit air kemudian dikacau dengan sudu. Seterusnya, letakkan sekepin kertas di atas permukaan campuran bahan2 tadi. Warna akan meresap pada kertas itu dan meninggalkan corak yang disebut pualaman.

Teknik Renjisan
Teknik ini menggunakan berus atau berus gigi. Kemudian warna akan disapukan pada permukaan atas berus gigi. Sapuan tidak terlalu pekat. Kemudian direnjis dengan menggerakkan ibu jari tangan atau jari telunjuk pada bulu berus gigi di atas permukaan kertas.

Teknik Tiupan
Bagi menghasilkan teknik tiupan ialah dengan menggunakan straw atau bahan lain yang boleh digunakan untuk meniup atau dengan cara menggunakan tiupan dari mulut. Warna yang diletakkan di atas sekeping kertas ditiup mengikut arah atau hasil yang dikehendaki.

Teknik Golekan
Teknik ini diperoleh dengan cara menggolekkan bahan atau benda pada sekeping kertas. Sebagai contoh, putik buah nangka disapu dengan warna kemudian digolekkan atas kertas. Hasil garisan akan kelihatan pada kertas tersebut.

Teknik Lipatan
Teknik lipatan dihasilkan dengan cara melipat kertas untuk memperoleh dua bahagian atau tiga dan seterusnya yang kita kehendaki. Warna yang diletakkan pada sekeping kertas iaitu bahagian kiri atau kanan disapu dengan tangan. Setelah dbuka, hasil garisan diperoleh sama ada tebal, nipis atau lain2 garisan.

Teknik Pergerakan Semula Jadi
Pergerakan semula jadi diperoleh biasanya dari pergerakan binatang seperti ulat gonggok, cacing, tapak kaki kucing atau binatang lain. ianya dengan cara menyapukan warna pada tapak kaki kucing atau binatang lain. Kemudian ia diletakkan di atas sekeping kertas. Apabila ia bergerak akan terhasil  garisan pergerakan semula jadi.


No comments:

Post a Comment