Sunday 29 July 2012

Unsur Seni : Garisan (Bhgn 3)

Kegunaan Garisan
Dalam penghasilan garisan itu, terdapat kegunaan atau fungsi garisan berkenaan. Antara kegunaannya adalah untuk:
  1. mencipta ruang
  2. menghasilkan ton
  3. menimbulkan jalinan
  4. menunjukkan bentuk
  5. menunjukkan pergerakan
  6. dijadikan motif bercorak
Garisan Mencipta Ruang
garisan juga boleh digunakan untuk mencipta ruang. Seterusnya dapat mewujudkan ilusi ruang. Garisan pepenjuru yang dilukis secara rapat memberi ruang pada permukaan rata. Garisan melintang pula boleh digunakan untuk memberikan ruang. Garisan yang melintang ke bahagian atas dan ke bahagian bawah permukaan garisan lukisan memberi ruang jarak yang dekat dan jauh. Ini juga dipanggil ruang perspektif.
       Garisan yang tebal dan nipis atau panjang dan pendek dapat digunakan untuk menghasilkan ruang dan jarak. Ini amat penting ketika kita ingin menggambarkan sesuatu pandangan. Garisan yang tebal dan panjang menunjukkan jarak yang dekat. Manakala garisan yang nipis dan pendek pula menunjukkan jarak yang jauh.

Garisan Menimbulkan Ton
Garisan boleh disusun dengan pelbagai gaya dan jarak yang berlainan. Susunan garisan begini dapat menimbulkan kesan ton. Garisan yang disusun rapat2 menghasilkan ton gelap. Manakala garisan yang disusun jarang2 menghasilkan ton cerah. Ketebalan garisan yang berbeza-beza juga dapat menimbulkan kesan ton. Garisan yang tebal menghasilkan ton yang gelap dan garisan nipis menghasilkan ton yang cerah.

Garisan Menimbulkan Jalinan
Jalinan amat penting dalam karya seni. Garisan boleh mewujudkan kesan jalinan. Contoh garisan dihasilkan untuk menimbulkan jalinan ialah garisan berserabut, bergerigi, berbintik2 dan halus2. Jalinan2 pada lukisan atau karya seni visual itu jika dibuat dengan teliti akan kelihatan lebih menarik dan realistik.

Garisan Menimbulkan Bentuk
Susunan garisan dalam pelbagai gaya dapat menimbulkan bentuk pada sesuatu objek.  Untuk tujuan ini, garisan2 boleh diulangi secara menegak, menyendeng, beralun dan bersiku keluang. Perbezaan jarak dan ketebalan garisan akan menimbulkan kesan bentuk yang berlainan. Garisan yang tebal  tentu sahaja akan lebih gelap daripada yang nipis. Garisan yang dilukis pada jarak yang hampir pula akan kelihatan gelap. Sementara garisan yang dilukis pada jarak yang jauh akan kelihatan cerah.
     Seterusnya, bagi objek2 yang mempunyai permukaan yang rata, garisan2 yang menegak, melintang atau menyerong boleh digunakan. Manakala, garisan melengkung digunakan untuk objek2 yang mempunyai permukaan yang bulat seperti bulatan, kon, silinder dsb.

Garisan Menunjukkan Pergerakan
Garisan juga dapat menimbulkan kesan pergerakan. Contoh garisan itu ialah darisan yang berputus2, berkisar, bergetar, berlingkar, beralun dan bergegar. Unsur2 pergerakan dalam karya seni ialah kesan ilusi penglihatan. Ini merupakan satu elemen ilusi dari penglihatan mata.
     Pergerakan yang terdapat pada alam sekeliling, umpama ombak dan arus sungai dapat digambarkan dengan garisan beralun. Roda basikal yang berputar laju boleh dihasilkan melalui kesan pergerakan. Contoh lain ialah pergerakan dari kipas yang sedang berputar. Atau bulu ayam yang sedang melayang terjatuh dan juga digambarkan melalui kesan2 pergerakan garisan.

Garisan Dijadikan Motif Mencorak
Terdapat pelbagai jenis dan bentuk garisan yang menghiasi objek2 alam. Antaranya ialah pada helaian daun, kulit siput, sarang labah, kelopak bunga, sisik ikan dan hablur. Apabila kita mengamati objek2 alam tersebut, garisan yang dinyatakan itu boleh dijadikan motif bagi kegiatan mencorak. Contohnya bagi menghasilkan pelbagai jenis corak kraftangan seperti ukiran kayu, anyaman tikar atau anyaman rotan serta mencorak kain. Pelbagai jenis garisan yang dihasilkan dapat menimbulkan bentuk, pergerakan dsb.

No comments:

Post a Comment