Saturday 28 July 2012

Unsur Seni : Garisan (Bhgn 1)

Garisan
Elemen asas yang penting untuk melukis dan melakar ialah garisan. Garisan merupakan unsur seni yang utama. Malah telah menjadi kebiasaan dan sering digunakan. Unsur garisan terdapat dalam sebarang bentuk lukisan atau contengan. Garisan menjadi unsur seni paling asas dalam kerja2 melukis. Setiap lukisan yang dihasilkan itu pastinya bermula dengan satu garisan. Garisan juga boleh dilukis dengan menggunakan pelbagai jenis alatan melukis. Antaranya pensel, pen, kapur, krayon dll.

Definisi Garisan
Garisan boleh didefinisikan sebagai satu kegiatan permulaan bagi menghasilkan tanda yang pertama iaitu bermula dengan satu titik. Kemudian proses seterusnya menggaris dan membentuk sehingga menjadi satu garisan. Garisan juga terhasil daripada cantuman2 satu siri titik2 yang bersambungan. Garisan juga boleh dianggap titik yang bergerak. Susunan2 titik itu berkemungkinan mempunyai sifat panjang dan saiznya tidak menentu.

Jenis Garisan
Terdapat pelbagai jenis garisan yang dapat digunakan untuk menghasilkan lukisan atau karya seni. Antaranya :
  1. garisan tebal
  2. garisan kasar
  3. garisan berbulu
  4. garisan bertitik-titik
  5. garisan halus
  6. garisan beralun
  7. garisan berlingkar
  8. garisan berputar
  9. garisan berpancar
  10. garisan nipis
  11. garisan berbiji
  12. garisan berduri
  13. garisan bersudut
  14. garisan bergerigi
  15. garisan berserabut
  16. garisan putus2
  17. garisan bergetar
Garisan Semula Jadi
Garisan semula disebut juga sebagai garisan sejadi. Contoh garisan semula jadi boleh dilihat di sekeliling kita. Kita boleh melihat dengan jelas sifat semula jadi garisan itu dengan pelbagai bentuk. Apa sahaja bentuk yang menyamai sifat garisan dan ciri2 garisan boleh dianggap garisan semula jadi. Garisan semula jadi bukan boleh diperbuat oleh manusia. Ia wujud secara semula jadi. Kita boleh melihat contohnya pada tumbuh2an dan haiwan. 

Garisan2 semula jadi atau sejadi merupakan garisan2 yang mudah didapati. Ia juag sering digunakan tidak kira sama ada pada benda buatan manusia atau yang semula jadi. Pelukis boleh memilih atau mengambil contoh ciri2 garisan sebagai idea awal untuk menggubah karya seni visual mereka.

Garisan pada Alam Sekeliling
Garisan merupakan asas kepada sumber idea. Sebelum sesuatu lakaran lengkap dilukis, garisan2 yang diconteng itu dapat menjanakan idea. garisan dapat dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu:
  1. garisan benda semula jadi (sejadi)
  2. garisan benda buatan manusia
Garisan Benda Semula Jadi
Benda2 yang terdapat pada alam ialah sebarang objek atau kehidupan yang wujud dalam alam semula jadi. Terdapat banyak benda adalm semula jadi yang mempunyai garisan. Contohnya, urat daun, batang pokok, akar pokok, kulit siput, kulit buah2an, kepak serangga dan sebagainya. Ciri2 atau sifat garisan yang terdapat pada benda alam itu pelbagai jenis. Misalnya kasar, halus, berduri, berlingkar, bergerigi dll. Antara contohnya ialah:
  1. garisan kasar pada batang pokok
  2. garisan berlingkar pada kulit siput
  3. garisan berduri pada buah durian
  4. garisan beralun pada belahan kubis
  5. garisan berbulu dan bergerigi pada pokok paku pakis
Garisan Benda Buatan Manusia
Garisan benda buatan manusia ialah objek buatan manusia yang mempunyai ciri2 garisan. Contohnya pen, pensel, pembaris, tali jerami, tikar, palang tingkap, jaring, bubu dll. Contoh2 lain yang ada persamaan daripada objek buatan manusia ialah seperti berikut:
  1. garisan bergerigi pada mata gergaji
  2. garisan beralun pada genting bumbung
  3. garisan bertindan pada tikar mengkuang
  4. garisan kasar dan halus pada lantai marmar
  5. garisan berputus2 pada pembahagian jalan raya
Garisan dengan Pelbagai Bahan 
Garisan boleh dihasilkan dengan pelbagai bahan dan teknik. Bahan2 yang boleh digunakan untuk membuat garisan adalah tidak terhad. Umpamanya garisan nipis dapat dihasilkan dengan pen teknikal. Manakala, garisan tebal pula boleh dihasilkan dengan menggunakan berus besar dsb. Contoh2 bahan yang dapat digunakan untuk membuat garisan ialah:
  1. pensel
  2. pastel
  3. krayon
  4. berus cina
  5. berus cat air
  6. pena marker
  7. pensel warna 
  8. pena kaligrafi
  9. pena mata bola
  10. arang / charcoal
Garisan dari Pelbagai Teknik
Garisan boleh dihasilkan dengan pelbagai teknik. Kepelbagaian teknik ini dapat menghasilkan garisan yang berlainan saiz. Berikut adalah teknik2 menghasilkan garisan:
  1. teknik tiupan
  2. teknik lipatan
  3. teknik gosokan
  4. teknik anyaman
  5. teknik pualaman
  6. teknik kolaj
  7. teknik capan
  8. teknik golekan
  9. teknik renjisan
  10. teknik pergerakan semula jadi

No comments:

Post a Comment