Wednesday 5 September 2012

Damailah Kamu di Sana

Bertarikh 25 Ogos 2012 bersamaan 7 Syawal, sahabat karib admin telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.. Arwah yang telah diberikan nama sebagai Rudy bin Roslan, berasal dari Lahad Datu Sabah meninggalkan kami pada usia 21 tahun.. Arwah meninggalkan seorang ayah, ibu, seorang abang dan seorang adik perempan.. muda sungguh.. itulah yang dikatakan, hidup di dunia hanya sementara.. jika sampai sudah waktunya, maka kita akan kembali jua... 
   
     Masih terngiang-ngiang di telinga admin, gelak tawa, gurau senda arwah bersama admin dan rakan-rakan... dan paling membuatkan admin sangat2 sedih, arwah merupakan rakan seperjuangan bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Bahasa Melayu Semester 4, sama2 Major Bahasa Melayu... terlalu banyak kenangan kami bersama... tidak terluah dek kata2.. kami juga seperjuangan dalam Kadet Remaja Sekolah, pernah bersama2 memangku jawatan di Jawatankuasa Perwakilan Pelajar selama 2 tahun berturut2, sama2 bermain bola tampar tiap2 petang, lawatan kelas sama2 dan banyak aktiviti yang kami sama2 lakukan bersama rakan2 sekelas yang lain...

    Sayup2 terdengar bunyi esakan tangisan ibu dan bapa arwah tatkala kami datang berziarah ke rumah arwah pada minggu lalu, 31 Ogos 2012.. admin sendiri, tanpa disedari, menitis jua air mata tatkala kaki melangkah ke tangga rumah arwah... terasa suasana hening, sunyi dan sangat2 sayu walaupun pada ketika itu sudah masuk seminggu arwah meninggalkan kami.. titisan air mata Umie (tutor kelas kami) membuatkan saya makin sebak, mengenangkan detik2 indah bersama arwah.. kadangkala, tatkala duduk bersendirian, kerapkali terungkai jutaan persoalan di minda.. kenapa mesti dia?? kenapa skrg?? kenapa bukan orang lain?? hanya satu jawapan yang pasti.. Tuhan lebih menyayanginya dan dan dialah yang terpilih... sekurang-kurangnya, sekarang dia aman di sana...

     Buat keluarga arwah, semoga semakin tabah mengharungi hari2 yang mendatang.. banyakkan bersabar dan mungkin inilah yang terbaik buat arwah dan juga buat kita semua.. yang penting, kita sama2 mendoakan arwah semoga perjalanannya di sana dipermudahkan...

Senyuman riang 1Malaysia bersama JPNIN Pengkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan..
 

 Bersama rakan baiknya, Dafi..


Gambar Kenangan di Genting Sempah, Pahang...

Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.. Segala kenangan akan jadi ingatan bersama di sini :)



No comments:

Post a Comment