Saturday 12 January 2013

Bicara Hati

Kita tahu bahawa hidup itu tidak selamanya indah.. ada kalanya kita akan ditimpa dugaan, mahupun kegembiraan.. kita tahu bahawa, kita tidak mampu untuk menafikan segalanya kerana segala yang berlaku adalah atas perancangan Maha Pencipta.. Tahun berganti tahun, kini admin sudah berada di Tahun 4 pengajian di IPG Kampus Keningau ini.. Bermakna, admin bakal menamatkan pengajian pada hujung tahun depan sekiranya diizinkan Tuhan..

    Cabaran hidup juga kian memuncak.. sesungguhnya diri ini bukanlah insan yang cukup kuat untuk menghadapi segalanya.. ada kalanya, kekuatan yang ada rapuh & hilang dihempas badai yang melanda diri.. hidup berjauhan dari keluarga membuatkan diri ini kadang kala terlalu kerdil untuk terus berpijak di bumi Tuhan ini... bukan mengadu untuk meminta simpati tapi titipan ini hanyalah luahan hati seorang hamba Tuhan...

    Tiada manusia yang sempurna kerana masing-masing punya kelebihan dan kekurangan diri.. namun begitu, kita perlu bijak untuk menggunakan kelebihan yang ada untuk dimanfaatkan kepada orang di sekeliling kita dan bukannya menggunakan kelebihan tersebut untuk menjatuhkan orang lain.. Inilah yang dirasakan oleh hati kecil ini.. Kadang-kadang, admin tidak mampu untuk meletakkan kepercayaan kepada sesiapa pn.. kenapa?? hanya satu saja, cukuplah sekali orang yang admin percaya menikam diri ini dari belakang... kejam!! itulah ungkapan yang admin mampu katakan..

    Admin tidak berniat untuk melibatkan sesiapa.. jika sekiranya ada pembaca yang berkecil hati, admin minta maaf ya.. admin tidak memaksudkan "anda" di sini.. ini hanyalah sebahagian daripada kisah hidup admin.. sewaktu sama2 berjuang untuk mendapat kejayaan bersama, masih ada lagi pihak yang memanipulasi sokongan daripada orang lain untuk menjatuhkan insan yang tidak disukai @ pesaing yang dianggapnya musuh.. kenapa harus wujud fikiran seperti itu?? bukankah semua orang mempunyai matlamat yang sama, iaitu untuk tamat pengajian dengan jayanya... barulah admin sedar, beginilah kisah benar yang berlaku dalam hidup manusia sehari2.. manusia saling mempergunakan untuk berjaya.. manusia yang lemah akan terus dibiarkan lemah hingga akhirnya berputus asa.. namun, admin takkan pernah jadi begitu... biarlah mereka meneruskan niat untuk terus menjatuhkan admin, tetapi admin akan tetap dgn pendirian iaitu "buat tidak tahu" kerana admin percaya sekiranya mereka tidak mendapat respon daripada admin, suatu ketika nanti mereka akan bosan dan menerima pengajaran yang setimpal dengan apa yang telah dilakukan..

    Pesanan buat rakan-rakan pembaca, sebaik-baiknya janganlah biarkan diri anda ditindas oleh orang yang anda percayai... berwaspadalah dalam memilih kawan..

No comments:

Post a Comment