Thursday 26 July 2012

Definisi Linguistik

Perkataan linguistik dikatakan berasal daripada perkataan latin “lingua” yang bermaksud bahasa. Perkataan itu digunakan dalam bahasa-bahasa lain yang menjadi langue (Perancis), lingua (Itali), lengua (Sepanyol) dan linguistics (Inggeris). Menurut Cassel Concise English Dictionary, linguistics juga ditakrifkan sebagai “the science of languages” atau “comparative grammar”.
             
Kamus Dewan Edisi Ketiga pula mentakrifkan linguistik sebagai kajian tentang bahasa. Dalam bahasa Melayu pula, istilah linguistik merupakan nama bagi bidang ilmu dan kata adjektifnya ialah linguistik. Terdapat beberapa takrifan lain menegani linguistik seperti berikut:

      i.      Kamus Linguistik, 1997
Pengkajian saintifik terhadap bahasa yang antara lain mencakupi linguistik antropologi, psikolingustik, sosiolinguistik dan neurolinguistik.

    ii.       Kamus Linguistik, 1997
Linguistik am (general linguistics) yang merupakan istilah umum bagi cabang-cabang pengkajian linguistik yang menghasilkan konsep asas, teori, model dan kaedah yang biasanya merangkumi prinsip analisis dan pemerian dalam pengkajian fonologi, tatabahasa dan kosa kata serta pengkjain grafemik, sejarawi, perbandingan dan dialek.

   iii.        Kamus Linguistik, 1997
Linguistik antropologi atau dalam bahasa Inggerisnya anthropological linguistics merupakan linguisitk yang menerapkan teknik penyelidikan antropolgi dan linguistik untuk mengkaji bahasa komuniti bahasa yang tidak mempunyai sistem tulisan dan tradisi persuratan.

   iv.        Kamus Lingusitik, 1997
Psikolinguistik (psycholinguistics) merujuk kepada bidang yang menggabung usaha para ahuli psikologi yang cuba memerangkan sama ada hipotesis tertentu tentang pemerolehan bahasa dan kecekapan, seperti yang disarankan dalam teori linguistik semasa, mempunyai asas yang kukuh dari segi persepsi, ingatan, kecerdasan mahupun motivasi.

     v.       Kamus Linguistik, 1997
Psikologi Linguistik (psychological linguistics) merujuk kepada istilah umum untuk beberapa pendekatan yang berbeza terhadap bahasa dari kaca mata psikologi.

   vi.        Kamus Linguistik, 1997
Sosiolinguisitk (sociolinguistics) pula merujuk kepada cabang linguistik yang mengkaji semua aspek hubungan antara bahasa dengan masyarakat penutur.

PANDANGAN TOKOH BERKAITAN DENGAN LINGUISTIK
            
Ferdinand de Saussure (1916) merupakan bapa linguistik moden bebangsa Swiss telah membezakan kata Perancis langue dan langage. Beliau menyatakan bahawa lange merupakan satu “sistem” manakala langage pula boleh diertikan sebagai bahasa khas yang ada pada penutur seperti yang terdapat dalam ungkapan “DI mana manusia memiliki bahasa, binatang juga memiliki bahasa tetapi tiada tuturan yang dihasilkan”.

Menurut Verhaar (1985), kata linguisitk berasal dari bahasa Latin iaitu lingua yang bermaksud bahasa. Pandangan mengenai definisi linguisitk ini turit disentuh oleh langacker (1987). Menurut beliau, linguistik ialah kajian terhadap bahasa manusia. Ini bermakna linguistik mengkaji bahasa-bahasa yang dihasilkan oleh manusia melalui alat-alat pertuturan tertentu yang membawa pelbagai makna.

Seterusnya, David Crystal (1973) menjelaskan linguistik sebagai kajian bahasa secara saintifik. Ini bermakna bahawa bahasa-bahasa yang dikaji mestilah dilihat sebagai satu disiplin yang tersusun serta mempunyai organisasi yang tersendiri.  Selain itu, saintifik juga merujuk kepada sesuatu ilmu yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan dari segi mutu dan kesahihan fakta. Pandangan yang sama berkaitan kajian bahasa secara saintifik ini turut dikemukakan olhe John Lyns (1986). Menurut beliau, linguistik ialah “the scientific study of language”.pandangan kedua-dua tokoh ini menampakkan bahawa perlunya inguistik sebagai satu kajian ilmu bahasa. Menurut beliau juga, pengertia  linguistik merujuk kepada cara sesuatu kajian bahasa itu dijalankan.
 

No comments:

Post a Comment